Monday 23 June 2014


KEK KARAMEL PELANGI

Assalamualaikum....dah lama betul RSK tak menulis  di blog ni...hari ini RSK kembali semula, rindu nak berkongsi resepi yg telah RSK buat sempena . Sebenarnya RSK baru mencuba2 belajar resepi dari blog2 terkenal

Sunday 25 May 2014

BISKUT FAMOUS AMOS


Mood tengah rajin hari ni....tiba-tiba teringin nak cuba buat biskut famous amos yang sangat sedap dari resepi Azie Kitchen.

Sesungguhnya RSK memang tak pernah buat biskut...sebab dulu RSK memang tak minat untuk memasak...tp entah la, sejak dua menjak ni...terasa minat pulak untuk mencuba apatah lagi selalu tengok resepi-resepi dari blog2 dan group2 masakan...

Jadi ari ni nak buat resepi Azie Kitchen....jom tengok bahan2nya...






SUMBER : AZIE KITCHEN

Bahan A
1/4 cwn gula kastor
1/2 cwn gula perang
1/2 cwn mentega
1/2 cwn minyak jagung
1/2 sk esen vanilla
1 biji telur gred B
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/4 sk garam

Bahan B
2 cwn tepung gandum
1 sb serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/2 sk cream of tatar
1/2 sk soda bikarbonat

1/2 cwn walnut cincang@almond nib.(boleh ganti bunga matahari)
1 cwn chocolate chip

Cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati menggunakan whisk.

Ayak Bahan B dan masukkan ke dalam bahan A. Kacau dengan spatula sehingga rata.

Selepas itu masukkan walnut cincang dan chocolate chip dan kacau.

Bulat-bulatkan menggunakan sudu.

Bakar 160c selama 15 - 20 minit


Teruja sangat RSK kerana kejadian biskut ini yang memang sangat-sangat sedap. Terima kasih Azie....setiap kali mencuba resepi dari Azie pastinya tidak mengecewakan....mungkin kerana keikhlasan dalam berkongsi resepi...terima kasih sekali lagi...






Monday 19 May 2014

KEK MINYAK

Nak cuba resepi kek minyak yang tengah glamour sekarang...tak tahan tengok kawan-kawan dalam group resepi masakan ramai yang telah mencuba. RSK semalam telah merajin-rajinkan diri...hi3 inilah hasilnya, mungkin tak berapa cantik sangat kejadiannya..tapi ok la bagi RSK yang baru-baru nak mengenal dunia masakan ni...meh kita tengok...





Memang gebu...tapi sbb RSK pakai kamera cikai, gambarnya x memuaskan.
Di sini RSK letakan resepinya...supaya nanti tak lupe...

SUMBER : GROUP RESEPI RINGKAS

Bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1 sb ovallate
1 cawan minyak jagung
1sk esen vanilla
1sk baking powder
2 cawan tepung gandum
pewarna mengikut suka

Cara:

Ayak tepung bersama baking powder kemudian ketepikan.

Sapu majerin di dalam loyang dan letakkan baking paper.

Pukul telur, gula dan ovallate sehingga kembang.

Masukkan susu pekat dan esen vanilla pukul sekejap

kemudian masukkan minyak dan pukul sekadar rata  

Masukkan tepung sedikit demi sedikit  kacau sehingga rata.

Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna yg disukai

Masukkan ke dalam loyang dan gariskan dengan lidi untuk membentuk corak.

Bakar selama 45 minit dengan 180c

SELAMAT MENCUBA






Saturday 10 May 2014

TiRamisu siMPLe


Hari ni teringin sangat nak cuba buat tiramisu simple resepi dari Cahaya Cinta Ku, resepi yang sangat mudah tetapi sedap....terima kasih kepada Cahaya Cinta Ku ...
Mari kita cuba....







Bahan-bahan :

Kek sponge
whipping cream 250ml
Cream cheese
1/2 cwn gula kastor
Nescafe
Serbuk koko
Air suam
Esen vanilla


1. Masukkan cream cheese ke dalam mixer.

2. Campurkan 250 ml whipping cream.

3. Masukkan satu sudu teh esen vanila.

4. Masukkan setengah cawan gula kastor.

5. Putar semua bahan hingga sebati ... guna kelajuan paling rendah dulu...kemudian tingkatkan kelajuan.

6. Bancuh air dgn sesudu kecil nescafe, bancuh tanpa gula.. ni        gunanya untuk melembabkan kek.

7. Kemudian rendamkan sekejap kek yang telah dipotong-potong (depan belakang) dan masukkan kek ke dalam bekas.

9. Selepas itu masukkan cheese yang diputar tadi ke dalam bekas yang telah diisi kek..(ikut suka nak byk mana)

10. Dengan menggunakan penapis, taburkan serbuk koko di atas cheese.(Penapis bertujuan untuk mengelakkan serbuk koko dari berketul-ketul).

11.Ulang sama proses yang sama hingga habis.

Thursday 8 May 2014

TAUHU LEMBUT GORENG

Assalamualaikum....alhamdulillah dapat berjumpa lagi, gembira kerana dapat berkongsi rasa di blog RSK dan ari ni RSK nak cuba pulak resepi tauhu lembut goreng. Resepi dari sahabat RSK yg memang suka memasak..Pn.Noraini Idris. Terima kasih Ani...RSK kongsikan di sini ye, semoga allah memberikan ganjaran pahala di atas perkongsian ini.




Bahan-bahan :

2 bungkus tauhu jepun
4 keping tauhu biasa
2 biji telur
(kisar semua bahan di atas)

sedikit daun sup dan daun bawang - hiris 
1 biji cili merah - hiris
sedikit isi udang dicincang halus (daging ayam cincang pun boleh)
1sk sebuk lada putih
sedikit garam

1 biji telur 
minyak untuk mengoreng

Cara :
Campurkan bahan yang telah dikisar bersama semua bahan lain dan kacau.
Panaskan pengukus selama 30 minit.
Biarkan sehingga sejuk kemudian barulah di potong-potong.
Celupkan di dalam telur dan goreng hingga kekuningan.

* sedap dimakan bersama sos








Wednesday 7 May 2014

ROTI MANIS




Kali ni RSK mencuba resepi dari Isma Maisarah....alhamdulillah lembut kejadiannya. Terima kasih isma. Izinkan akak kongsi resepi ini ye...Walaupun tak berapa nak pandai..tapi akhirnya menjadi juga.

Di bawah ini RSK sertakan sekali resepinya (resepi asal)

500gm tepung gandum

11 gm yis segera

1/2 cwn gula halus

Secubit garam

2 sudu besar susu tepung

1/2 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil bread improver

1 sudu besar water roux (nak letak lebih pun x pe tapi kurangkan sukatan air)

1 biji telur

220 ml air suam (kali ni saya guna air sejuk dari peti ais)

2 sudu besar mentega/marjerin (saya guna shortening kali ni)

Satukan semua bahan. (Kalau nak rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh). Uli hingga adunan menjadi elastik. Timbang doh 50g dan bulat-bulatkan. Rehatkan doh selama 30 minit. Sebelum bakar sapu doh dengan susu cair dan tabur gula kasar ke atas doh. Bakar pada suhu 170c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dengan whisk. Masak atas api yang perlahan. Kacau sentiasa supaya jangan berketul-ketul. Kacau hingga pekat (agak-agak mendidih sekejap), angkat dan sejukkan. Baru boleh guna dan boleh simpan di dalam peti sejuk. Bila hendak guna biarkan di dalam suhu bilik dahulu. Tahan selama 2-3 hari.

ROTI SARANG LEBAH

Roti Sarang Lebah dan Sos Butterscotch

Terlalu lama tak menjenguk blog ini...
RSK tak berkesempatan... dek kerana kesibukkan sendiri, rindunya rasa.. hari ini RSK nak kongsikan resepi roti sarang lebah bersama sos buttersctoch yang resepi asalnya dari Lydia Honey...tk Lydia kerana sudi berkongsi resepi dan ilmu terutamanya pada akak yg baru nak berjinak2 utk memasak...telah cuba beberapa kali alhamdulillah sangat mengembirakan.








RSK sertakan sekali resepi Lydia ye, sebagai rujukan untuk masa akan datang

2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yis dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yis dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga tak lekat di tangan.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebu.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda.
Semenatra menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
pastikan oven betul-betul panas baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

masa bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (susu cair pun boleh)
secubit garam halus
1/2 sk esen vanilla
25g butter
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil dikacau.
Masukkan esen vanilla dan bila semuanya sebati matikan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Thursday 12 December 2013

CUPCAKE PELANGI DAN MARBLE

Inilah hasil percubaan Cupcake Pelangi dan Marble resepi dari Azie Kitchen...
terima kasih Azie...(buah cempedak di luar pagar,sy RSK baru belajar...)

cupcake pelangi


kek marble gebu yg dijadikan cupcakes
Di sini RSK sertakan resepi kek marble gebu yang di ambil dari Blog Azie Kitchen...izinkan RSK meletakkan resepi Azie di sini sebagai panduan di masa akan datang ye...sesungguhnya kek marble resepi Azie ini betul2 gebu kejadiannya..sudah beberapa kali RSK mencubanya...terima kasih yang tidak terhingga

Kek Marble
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.

Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.


Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Saturday 4 August 2012

Lauk Berbuka....

SALAM,

Hari ni saja nak kongsi menu lauk berbuka sepanjang 15 hari kita berpuasa...menu2 ni RSK diambil dari
blog2 yang memang menjadi kesukaan RSK, boleh dikatakan setiap hari mesti nk tgk...sbb pasti ada saja resepi2 menarik untuk dikongsikan..terutamanya azie kitchen, nannie kitchen, mat gebu, masam manis, koleksi1001 resepi dan eeiii byk lg...tp tak dapat nak tulis disini sbb byk sgt..

Apapun tak la semua resepi RSK dah cuba...(blm sempat lg) tapi insyaallah satu ari nnti RSK akan cuba juga sbb bila tengok tu....ermmm...mcm sedap2 sumenya. Ada yang tak sempat nak ambil gambar sbb RSK masak dah  hampir2 waktu berbuka jadi..bila azan berkumandang...apa lagi, (hi3...mcm lapar sgt bunyinye ye...)

Kepada yang RSK telah cuba resepinya...RSK ucapkan terima kasih banyak2 ye..semoga sentiasa mengalir ganjaran pahalanya..inilah yang dikatakan ilmu yang dimanafaatkan. Insyaallah pahala inilah yang akan membantu kita satu hari nanti...INSYAALLAH.

Jom kita tengok hasil masakan yang telah RSK cuba....

                                                               sebelum dikukus

                                                           inilah ikan siakap kukus..

                                                                 ikan gerut ala thai

                                                     ni pulak asam pedas ikan mayong..
walaupun kali pertama masak asam pedas ni tapi hb dan anak2 kata sedap...(rase kembang setaman hati ni...) selalunya bila bab masak asam pedas ni mesti hb RSK yang masak, sbb dia masak mmg sedap, apapun percubaan pertama memasak asam pedas ni..dah berjaya.

                                                            ikan talapia black pepper

                                                       ikan gerut....black pepper lagi.....

                                                     masak lemak cili api bawal emas

haaa...cukup la dulu, ini antara resepi2 yg telah RSK cuba tapi ada yang RSK memandai2 tambah bahannya...sebab RSK ni malas sikit orangnya,jadi ada jadi 2 in 1, sbb malas nk masak sayur...
Bukan malas masak jer...tapi tengok la pinggan yg RSK guna pun asik itu jer....tak tukar2 pun, main ambik jer yg ada kat dapur...maklumla dh hampir waktu berbuka (ha3..alasan kukuh..)

Akhirnya...
Salam Ramadhan dan terima kasih sekali lagi kepada semua yg telah RSK cuba resepinya...jumpa lagi

Puding Marble



Assalamualaikum....

Dah lama tak menjengah ke ruang kesukaan ini....rasanya macam tak berkesempatan jer, tapi tak ada apa pun yang disibukkan sangat...cuma menyibuk2kan diri jer hi3...

Anak yang kecil..Amir, dah beberapa hari asyik suruh buat krim puff la, apple crumble la..tapi maafkan ibu ye, ibu belum lagi sempat nk menunaikannya...dan semalam dia minta buatkan puding, ala kesian la pulak. Jadi walaupun jam dah menunjukkan pukul 6.30 ptg, ringan2kan juga lah tangan ni untuk membuat puding marble ni...

Terima kasih kepada ummi@homesweethome kerana berkongsi resepi ...tapi mohon maaf ye sebab ada sukatan yg diubah2 sikit, semoga ilmu yang diberi dapat memberi manafaat kepada org yang baru2 belajar seperti Ross Sweet Kitchen ni....








Bahan-Bahannya:
1 peket agar-agar
6 mug air
2 cawan gula
2 sudu butter
2 biji telur sederhana
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
(sunquick, strawberri)
Cara Membuatnya:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Angkat.

2.Pukul telur, susu cair dan tepung kastard dengan menggunakan whisk. Tapis, dan tuang ke dalam

   agar-agar sambil dikacau. 

3.Letakkan periuk yg berisi agar2 tadi ke atas api dan masukkan butter dan esen vanilla kacau lagi 

   sehingga mendidih.

4.Bahagikan kepada 3 bahagian, kemudian warnakan kuning, merah dan hijau.

5.Sediakan loyang dan lapikkan salah satu bucu loyang diatas buku,dan mula tuangkan adunan warna

   hijau, kemudian adunan warna merah dan kemudian adunan warna kuning...lakukan proses yg sama
   sampai habis.

6.Ratakan kedudukan loyang tadi....dan masukkan ke dalam petisejuk.


7. Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong...

    Selamat Mencuba.....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...