Saturday 4 August 2012

Lauk Berbuka....

SALAM,

Hari ni saja nak kongsi menu lauk berbuka sepanjang 15 hari kita berpuasa...menu2 ni RSK diambil dari
blog2 yang memang menjadi kesukaan RSK, boleh dikatakan setiap hari mesti nk tgk...sbb pasti ada saja resepi2 menarik untuk dikongsikan..terutamanya azie kitchen, nannie kitchen, mat gebu, masam manis, koleksi1001 resepi dan eeiii byk lg...tp tak dapat nak tulis disini sbb byk sgt..

Apapun tak la semua resepi RSK dah cuba...(blm sempat lg) tapi insyaallah satu ari nnti RSK akan cuba juga sbb bila tengok tu....ermmm...mcm sedap2 sumenya. Ada yang tak sempat nak ambil gambar sbb RSK masak dah  hampir2 waktu berbuka jadi..bila azan berkumandang...apa lagi, (hi3...mcm lapar sgt bunyinye ye...)

Kepada yang RSK telah cuba resepinya...RSK ucapkan terima kasih banyak2 ye..semoga sentiasa mengalir ganjaran pahalanya..inilah yang dikatakan ilmu yang dimanafaatkan. Insyaallah pahala inilah yang akan membantu kita satu hari nanti...INSYAALLAH.

Jom kita tengok hasil masakan yang telah RSK cuba....

                                                               sebelum dikukus

                                                           inilah ikan siakap kukus..

                                                                 ikan gerut ala thai

                                                     ni pulak asam pedas ikan mayong..
walaupun kali pertama masak asam pedas ni tapi hb dan anak2 kata sedap...(rase kembang setaman hati ni...) selalunya bila bab masak asam pedas ni mesti hb RSK yang masak, sbb dia masak mmg sedap, apapun percubaan pertama memasak asam pedas ni..dah berjaya.

                                                            ikan talapia black pepper

                                                       ikan gerut....black pepper lagi.....

                                                     masak lemak cili api bawal emas

haaa...cukup la dulu, ini antara resepi2 yg telah RSK cuba tapi ada yang RSK memandai2 tambah bahannya...sebab RSK ni malas sikit orangnya,jadi ada jadi 2 in 1, sbb malas nk masak sayur...
Bukan malas masak jer...tapi tengok la pinggan yg RSK guna pun asik itu jer....tak tukar2 pun, main ambik jer yg ada kat dapur...maklumla dh hampir waktu berbuka (ha3..alasan kukuh..)

Akhirnya...
Salam Ramadhan dan terima kasih sekali lagi kepada semua yg telah RSK cuba resepinya...jumpa lagi

Puding Marble



Assalamualaikum....

Dah lama tak menjengah ke ruang kesukaan ini....rasanya macam tak berkesempatan jer, tapi tak ada apa pun yang disibukkan sangat...cuma menyibuk2kan diri jer hi3...

Anak yang kecil..Amir, dah beberapa hari asyik suruh buat krim puff la, apple crumble la..tapi maafkan ibu ye, ibu belum lagi sempat nk menunaikannya...dan semalam dia minta buatkan puding, ala kesian la pulak. Jadi walaupun jam dah menunjukkan pukul 6.30 ptg, ringan2kan juga lah tangan ni untuk membuat puding marble ni...

Terima kasih kepada ummi@homesweethome kerana berkongsi resepi ...tapi mohon maaf ye sebab ada sukatan yg diubah2 sikit, semoga ilmu yang diberi dapat memberi manafaat kepada org yang baru2 belajar seperti Ross Sweet Kitchen ni....








Bahan-Bahannya:
1 peket agar-agar
6 mug air
2 cawan gula
2 sudu butter
2 biji telur sederhana
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau
(sunquick, strawberri)
Cara Membuatnya:
1.Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih. Angkat.

2.Pukul telur, susu cair dan tepung kastard dengan menggunakan whisk. Tapis, dan tuang ke dalam

   agar-agar sambil dikacau. 

3.Letakkan periuk yg berisi agar2 tadi ke atas api dan masukkan butter dan esen vanilla kacau lagi 

   sehingga mendidih.

4.Bahagikan kepada 3 bahagian, kemudian warnakan kuning, merah dan hijau.

5.Sediakan loyang dan lapikkan salah satu bucu loyang diatas buku,dan mula tuangkan adunan warna

   hijau, kemudian adunan warna merah dan kemudian adunan warna kuning...lakukan proses yg sama
   sampai habis.

6.Ratakan kedudukan loyang tadi....dan masukkan ke dalam petisejuk.


7. Setelah sejuk dan keras bolehlah dipotong...

    Selamat Mencuba.....
 

Wednesday 27 June 2012

Muffin Pandan

Assalamualaikum.....bertemu kembali, moga hari ini diberikan keceriaan buat kita semua..balik dari kerja tadi terasa macam nk buat sesuatu jer...teringin pulak nk mencuba resepi muffin.Tapi x tau nk buat yg mana satu...kumpul resepi punyer la banyak, buatnya..cuma baru beberapa resepi jer...hi3. Belek punye belek...nampak macam sedap jer muffin pandan ni, jadi cuba lahh yg ni..







Hi3..jadi juga akhirnya Muffin PaNdan.....
menu minum petang ari ni..dah siap cuma nk tunggu HB dan anak2 balik dari sekolah jer lagi...

Kalau ada yang rasa-rasa nak cuba resepi ni..kat bawah ni ada disertakan resepinya..senang jer.. terima kasih pada tuan empunya resepi ini..(tapi dah x ingat ambik dari blog mana..ape pun terima kasih berbanyak2...memang sedap)

 
Bahan-bahan :

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence

Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota : 

*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.

 Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.


2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalamsebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.


3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemuabahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).


4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.


5. Bakar selama 20minit (170c)



 

Saturday 23 June 2012

Kek Coklat Kukus

Assalamuaalaikum dan selamat pagi....alhamdulillah, cuaca pagi ni nampaknya amat baik...dan bagi yg buat kenduri tentunya rasa bersyukur kerana cuaca begini membantu melancarkan lagi majlis kenduri yg akan diadakan...mudah2an...

Malam tadi dh terbayang2 nk cuba resepi kek coklat kukus...dulu x pernah berminat nk belajar masak2 tp sekarang ni x tau pulak kenapa...rajin membelek2 blog yg memasak berbagai2 resepi...teringin juga nk pandai macam tu...disebabkan x pernah ...ross cubalah yang senang2 dulu..

Jadi inilah hasilnya...walaupun x menarik...


Friday 22 June 2012

Kek Karamel Pelangi

  


Pavlova

Dah lama sangat teringin nk buat Kek Pavlova yg selalu org cakap..sedap sangat..tp x pernah berkesempatan nk buat (sebnrnya..x berani nk cuba, takut x jadi..). Ari ni rase dh mcm x blh tahan pulak...bila asik dok tgk gambar pavalova yg mengiurkn...hihihi, so inilah hasilnya..teruja sgt2... (inilah perasaan org yg bru nk belajar main masak2..)



inilah rupanya kek pavalova yg blm dihias...


Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna ½ lebih sikit cawan untuk mengurangkan manis)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan/lemon
1 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan  ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk

Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.? 
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Thursday 21 June 2012

Apple Crumble

Assalamualaikum...pagi2 macam ni x tau nk buat ape, duduk ngan anak2 cuti2 sekolah ni rase macam boring pulak..HB, bila waktu cuti sekolah memang x dek, sambung belajar lg di Utara...ank yg kecik bila ayahnya x dek mula la sibuk lapar jer..he3, jadi ari ni nk cuba resepi Apple Crumble yang dh tersimpan lama resepinya..tp x dicuba2...





ermmm...inilah hasilnya, suka betul adik ngan abg makan...malam siap suruh buat lagi...x puas makan katanya...

Saturday 9 June 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...